Showing posts with label Reviu. Show all posts

10 Oct 2011 0

Reviu: Dropbox

in , , ,

Sempena iCloud yang akan dilancarkan pada 12 Oktober nanti, kali ni aku nak reviu satu aplikasi sama yang telah wujud sejak 2007. Dropbox ni merupakan penyedia sistem sandar online yang beroperasi secara pengkomputeran awan.



Perlu ke Dropbox?
Bagi aku semua pengguna komputer perlukan Dropbox (atau jenama lain) terutama mereka yang bekerja dengan komputer seperti web developer, desainer, photographer dan komposer untuk simpan fail penting seperti fail HTML, artwork, Photoshop actions, MIDI dan lain-lain. Macam aku sendiri guna Dropbox untuk simpan ebook, content website dan beberapa data penting yang tak boleh dicari ganti. Kalau semata-mata nak harapkan external hard disk tu, bila dah terjatuh atau korup, baru la nak menyesal...

Saiz
Secara kasarnya seorang pengguna akaun Basic (percuma) akan dapat 2 GB storan dari Dropbox. Tapi saiz storan ni boleh ditambah dengan cara mendapatkan referral. Setiap referral yang berjaya akan ditambah storan bonus sebanyak 250MB, sehingga mencecah 8 GB. Jadi jumlah keseluruhan yang kau akan dapat ialah 10 GB. Yang menarik tentang referral Dropbox ni, kedua-dua pihak akan dapat storan bonus 250 MB setiap seorang. Jadi rugi la sesiapa yang tak daftar guna link ni > http://bit.ly/installDropbox =)

Sync
Antara sebab aku pilih Dropbox kerana adanya sync yang berfungsi seperti auto-backup. Jadi tak perlu risau kalau terlupa nak backup fail selagi fail tu ada dalam folder Dropbox. Untuk proses sync ni kau boleh set download rate atau upload rate mengikut keperluan tapi setakat ni aku biar je default settings. Jika perlu, proses sync tu boleh dijeda untuk memberi laluan memuat turun sepenuhnya kepada fail-fail yang lain. Tapi jangan lupa nak resume syncing.

Dengan adanya Selective Sync, kau boleh pilih folder mana yang kau nak sync ke gajet-gajet tertentu. Contohnya dalam akaun Dropbox kau ada foto, dokumen dan mp3. Jadi kau boleh tick supaya folder mp3 saja yang akan di sync dengan iPhone 4S kau tu supaya boleh jimat ruang... tak perlu nak sync dengan semua fail dalam akaun Dropbox.

Public folder
Ini pun best sebab kau boleh kongsi dengan kawan apa jua fail dalam Public folder ni dengan klik kanan > Dropbox > Copy public link. Dah tak perlu upload ke photo sharing website macam ImageShack untuk dapatkan link url.

Sokongan & Keselamatan
Boleh dikatakan mesra pengguna sebab setakat ni Dropbox menyokong sistem operasi dan peranti yang lazim digunakan seperti Windows, Mac, Linux, iPad, iPhone, Android dan Blackberry. iPod Touch pun boleh guna Dropbox dengan iPhone App. Fail-fail dalam Dropbox ni dipindah dan disimpan melalui Secure Sockets Layer (SSL) dan AES-256 bit encryption jadi tak perlu risau dengan keselamatan fail yang disimpan.

Kekurangan
Aku nampak apa yang kurang pada Dropbox ni ialah tiadanya fungsi password pada folder. Contohnya ada fail dalam Public folder yang kau nak kongsi dengan orang tertentu, jadi kau boleh letak password bagi sesiapa yang nak akses fail tersebut.

---

Kalau nak tau apa-apa lagi boleh baca Dropbox Help Center sebab setakat ni apa yang aku nak tau tentang Dropbox semuanya ada di situ. Jadi nak storan tambahan 250MB sebaik sahaja mendaftar Dropbox?
Daftar la guna link ni > http://bit.ly/installDropbox =)

Tips dari aku:
1. Kalau nak akses apa-apa fail dalam folder Dropbox tu contohnya edit foto guna Photoshop atau edit fail Words, digalakkan pause syncing sebab kadang-kadang komputer akan hang untuk tempoh tertentu (sebab proses syncing dijalankan) bergantung kepada saiz fail tersebut.
2. Kalau nak guna servis jenama lain pun tak jadi masalah cuma kena buat research sikit sebab aku tau ada  penyedia servis yang kini dah tak beroperasi lagi. Jadi pastikan kau buat pilihan yang betul... pilih yang jenama ada kredibiliti.
3. Bila dah daftar, boleh dapat lagi 250MB tambahan dengan syarat kena selesaikan sekurang-kurangnya lima dari tujuh langkah di bawah ni.



notakaki: Ada satu lagi, Box.net. Tapi servis sync yang disediakan adalah secara berbayar...

22 Jul 2011 0

Reviu: Malaysia lwn Chelsea

in , ,

mahu wallpaper hebat ini di sini
Akhirnya Malaysian Blues Army pulang dengan hampa jika mereka mengharapkan pasukan Chelsea menjaringkan lebih banyak gol berbanding seteru mereka tempoh hari, Arsenal (4 gol) dan Liverpool (6 gol). Satu gol yang dijaringkan itu pun terpalit dengan kontroversi.

Pada awal perlawanan kita dapat menyaksikan perlawanan dalam tempo yang tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan Chelsea, membuktikan kata-kata Villas-Boas bahawa kedatangan mereka kali ini bukan sekadar makan angin. Dalam pada itu Torres kelihatan terdesak untuk mencari gol ketiga sejak menyarung jersi The Blues bagi membuktikan pelaburan Chelsea sebanyak 50 juta pound adalah berbaloi. Sejumlah peluang pada separuh masa pertama gagal dimanfaatkan oleh Chelsea menerusi Lampard, Benayoun, Malouda mahupun Torres sendiri. Pemain Malaysia berjaya mengawal keadaan walaupun adakalanya berdepan situasi kelam kabut di depan gol di samping gagal menghantar bola dengan kemas.

Untuk separuh masa kedua, pada aku, Chelsea memasukkan lebih banyak figura yang lebih familiar dan berpengalaman seperti Drogba, Anelka, Ashley Cole, Sturridge, Obi Mikel dan John Terry dalam usaha memburu gol pertama perlawanan. Namun setelah lebih sejam di atas padang mereka masih buntu untuk memboloskan gawang Malaysia yang masih dikawal cemerlang oleh Farizal Marlias tatkala Villas-Boas kelihatan tak senang duduk di tepi padang. Terdapat beberapa peluang Chelsea gagal disempurnakan oleh Terry contohnya, pada minit ke-69 yang mana dia gagal menanduk kemas hantaran sepakan percuma dari Zhirkov.

Dalam pada itu pertahanan kesilapan pertahanan Chelsea hampir dihukum oleh Irfan Fazail pada minit ke-74, yang memintas hantaran Chalobah lalu merembat pada jarak kira-kira 20 meter dari gawang lawan. Akhirnya secara kontroversi, Chelsea berjaya menjaringkan gol pada minit ke-78 hasil sepakan percuma Drogba yang gagal ditangkap kemas penjaga gol gantian Mohd Izham. Walaupun ketinggalan satu gol namun moral pemain Malaysia masih tinggi dengan percubaan terbaik sepanjang perlawanan pada minit ke-84 dengan sepakan Thamil Arasu hasil hantaran tembus Irfan Fazail yang hampir menerjah jaring tatkala Ross Turnbull sudah tertewas.

Bagi aku padang yang tidak rata dan cuaca panas melampau seperti yang dilaporkan bukanlah faktor utama Chelsea gagal menyerlah kali ini. Jika tidak, masakan Arsenal dan Liverpool boleh pulang dengan 10 gol? Cuma mereka masih mencari keserasian walaupun telah memenangi kesemua tiga perlawanan dibawah bimbingan pengurus muda Villas-Boas, 33 tahun. Empat gol yang dijaringkan sebelum ini, tiga gol menentang Wycombe dan satu gol sendiri oleh pemain Portsmouth sememangnya belum cukup untuk menguji kemampuan Villas-Boas bersama Chelsea. Roman perlu tahu bahawa Rom tidak dibina dalam masa sehari.

Pilihan Malaysia pula walaupun majoriti dibarisi oleh pemain senior pada separuh masa pertama, pemain Harimau Muda membuktikan bahawa mereka berpotensi untuk mendapatkan mata ketika perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 nanti. Malah bagi aku pasukan Malaysia lebih menyengat pada separuh masa kedua dengan aksi pemain Harimau Muda seperti Wan Zaharul Nizam, Gary Steven Robbat, Syahrul Azwari mahupun Thamil Arasu. Tidak lupa Wan Zack Haikal yang konsisten sejak bermula Kelayakan Olimpik menentang Pakistan termasuk gol cantik yang dijaringkan menentang Lubnan tempoh hari walaupun terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pada minit ke-38.

notakaki: gambar hiasan kali ni memang kena dengan entri. walaupun biru di luar, tapi di dalam tetap Malaya. betul ke? heh...