Showing posts with label Cari Makan. Show all posts

23 Aug 2012 0

Selamat Hari Raya 2012

in ,

Setakat ni aku belum jumpa lagi resepi makaroni macam ni di mana-mana
Sementara mood raya masih ada ni aku nak pos dulu entri yang ada gambar berkaitan dengan hari raya. Resepi di atas yang dipanggil makaroni sup ni merupakan resepi turun temurun dari atuk aku di Kedah. Masa aku kanak-kanak sehingga kini, inilah hidangan utama wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah atuk pada 1 Syawal.

Kami adik beradik kalau makan makaroni ni memang tak cukup sepinggan. Kadang-kadang belum lapar pun dah makan untuk round seterusnya. Sebab takut makaroni habis, nanti kempunan sebab kena tunggu setahun baru dapat rasa lagi. Alkisah, atuk aku cerita yang dia dapat resepi ni ketika berkelana di Kuala Lumpur. Dia bertukar-tukar resepi dengan seseorang yang dia jumpa di ibukota masa tu. Ah... aku tak ingat sangat detail pasal ni. Nanti kena tanya dia balik, kalau Allah izinkan.

Mungkin nanti aku akan buat entri tentang resepi makaroni ni. Secara asasnya bahan utama yang digunakan seperti daging, tulang gearbox, udang, cendawan butang, ubi kentang dan makaroni. Dulu makaroni yang digunakan ialah jenis panjang dan kami akan 'patah-patahkan' ia kira-kira 2 inci sebelum direbus. Tapi sekarang makaroni macam tu dah tak ada dipasaran. Alternatifnya, kami gunakan jenis makaroni seperti dalam gambar... yang tu boleh terus rebus.

nota kaki: raya kali ni tak puas sangat, aku makan 2 pinggan je.

22 Jul 2012 0

Mee Tarik Bungkus

in ,

Ringkas saja bahan-bahannya
Kalau bawa pulang mee tarik, ayah aku mesti beli mee jenis ni. Tak tau nama dalam menunya apa, tapi mee yang ni sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Kalau nak pedas, boleh order mee jenis lain.

p/s: aku tengah puasa kot masa taip entri ni..

8 Jul 2012 0

Mee Tarik Sungai Besi

in ,

Cina Muslim dari tanah besar China
Baru sekali aku makan di sini. Tapi ayah aku dah berkali-kali 'bawa pulang'. Kalau sekadar nak rasa dan tak lapar sangat, sepinggan mee boleh kongsi dua orang. Cuma masa menunggu lama sedikit dan minuman dihidang selepas makanan dihantar ke meja. Ini dari pemerhatian aku la.

Terletak di Pekan Sungai Besi (berhadapan dengan stesen LRT Sungai Besi), Medan Niaga Tasik Damai, sebaris dengan lot kedai yang di belakang Speedmart. Kalau nak rating, aku bagi "Boleh datang lagi".

p/s: sayang... branding kedai ni tak cukup kuat. kalau aku rajin nanti aku buatkan.