12 Jun 2011 0

5 video-to-mp3 converter online pilihan

in ,

Tidak mengikut susunan tertentu
Kesemua converter ni berfungsi secara online jadi tak perlu nak install apa-apa, cuma perlukan sambungan internet. Semestinya semua converter ni menyokong fail video dari Youtube, tapi untuk laman yang lain macam Vimeo, Dailymotion, kena la cuba sendiri ya.

1. http://www.snipmp3.com
Antaramuka Snipmp3 ni sangat ringkas, memang minimalis. Nama fail yang sudah di convert adalah sama dengan nama fail video di Youtube. Jadi tak perlu la nak rename file tu.

2. http://www.video2mp3.net
Menyediakan dua pilihan, standard quality dan high quality (bergantung kepada video). Yang ni pun sama, tak perlu nak rename fail yang sudah di convert. Tapi kalau kau orang boleh tahan dengan iklan pop up dan sebagainya, silakan...

3. http://www.mp3ify.com
Masa yang diambil untuk convert video ke audio agak lama sedikit (berbanding yang lain). Boleh previu audio sebelum di download (rasanya tak perlu kot). Bila dah siap download nanti, nama fail akan ditambah mp3ify-dot-com, macam ni: Bloc_Party__So_Here_We_Are_Live_Glastonbury_2007_mp3ify-dot-com.mp3

4. http://www.vidtomp3.com
Yang ni pun macam Video2mp3, ada standard dan high quality. Iklan pun ada, cuma tiada iklan pop up. Sama juga, tak perlu nak rename fail yang siap di convert.

Agak lain dari yang lain sebab boleh setting kualiti audio (kbps), preset (iPod, MP3) dan nama fail yang mahu dioutput. Lepas tu disediakan link kalau nak kongsi fail audio tu dengan kawan-kawan, tak perlu nak send fail tu, boleh suruh dia orang download sendiri.. haha. Hujung nama fail nanti akan ditambah [www.2conv.com].


Ok, secara personal aku cadangkan kau guna 2conv. Simple je, lepas dah paste link, tunggu kejap sebelum boleh klik link download. Kualiti audio terbaik dan tak ada pop up bagai. Cheers!

Leave a Reply