30 Nov 2014 Off

Entri Terakhir Untuk 2014


Hahaha.. Ok, sebenarnya ini juga merupakan satu-satunya entri yang aku tulis untuk tahun 2014.

Tak ada apa yang penting cuma hanya nak bagitau yang tahun depan aku target nak tulis entri sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Ok la tu... tak semestinya dua kali sebulan saja. Kalau ada idea menarik atau aku teringat pengalaman dulu-dulu yang berguna aku akan kongsikan di sini.

Lagi pun aku kena balance-kan dengan task yang aku untuk website yang satu lagi. Yang tu boleh kata high-end juga la... satu Malaysia baca. And of course, yang tu bukan aku buat sorang. Jadi kira blog ni boleh jadi tempat aku 'exercise' la.

Sekarang ni zaman media sosial, orang tak baca blog sangat dah. Tapi orang yang pandai, dia akan letak link entri terbaru dia setiap kali dia update dia punya status media sosial. Cuma apa yang aku tulis di blog ni, tinggal di sini saja. Aku tak akan kongsi di media sosial atau pun cerita kepada sesiapa. Saja.

Blog ni pun aku tak pernah promote/share dengan sesiapa. Ok, sebenarnya aku pernah share dengan sorang dua kawan. Itu pun sebab dia tanya dan itu pun setahun dua yang lepas. Jadi sesiapa yang terjumpa blog ni kira 'nasib' la.

Semoga 2015 lebih baik tahun yang lepas-lepas.

Jangan lupa ada GST :P

23 Dec 2012 0

My December 2012

in

Gambar curi.




What a perfect moment to end my 2012. Well, seriously said I don't expect her to blog about the present since that was not the first time I appreciate her by giving presents. This is the fourth time, to be exact. When I read '4th' on her blog then I was like "is it fourth already?" Then I started to recall the first, second and third stuff.

Okay, why? What's the reason behind all these (the giving)? My answer would be as simple as this:
If it can makes me happy, why not?

The future is unpredictable indeed, nevertheless, forever I will remember.

nota kaki: she really have made my day.

3 Dec 2012 0

Tips Jimat Pencuci Muka / Ubat Gigi

in ,

 
Banyak lagi.
Mesti ada orang yang dah buat tapi di kalangan kawan-kawan aku belum ada lagi rasanya, terutama bekas teman serumah sebab aku tak nampak pun yang buat macam ni. Jadi kalau dah picit habis bekas pencuci muka tu dan tak ada yang keluar, jangan terus buang. Cuba kerat bekas tu macam gambar di atas...

Bagi yang pertama kali mencuba, aku jamin kau akan agak terkejut dengan baki pencuci muka yang tinggal dalam tu. Sekurang-kurangnya boleh guna lagi untuk 4-7 hari lagi, bergantung kepada kekerapan penggunaan masing-masing. Tips ini juga boleh digunakan untuk ubat gigi, dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Biasanya aku potong guna pisau atau pun gunting dapur. Potong dengan cermat ya!

nota kaki: lepas potong, cuba 'cantum' bekas tu.. kawaii ne!

22 Oct 2012 0

Tips Jimat Bateri

in ,

Bateri ni ada kuasa tersembunyi.
Sebenarnya tips ni dipelajari semasa tinggal di asrama dulu. Masa tu mana ada telefon bimbit yang canggih, boleh main MP3. Kalau ada pun harganya beribu-ribu. Budak sekolah mana mampu. Jadi pemain kaset mudah alih yang lebih dikenali dengan 'Walkman' menjadi peneman kepada para pelajar yang suka mendengar muzik. Ada yang layan semasa study dan ada yang layan sebelum tidur. Yang layan sebelum tidur ni la bateri akan habis cepat... sebab tertidur, tak sempat nak off Walkman.

Jadi bateri yang dah habis kuasa ni bolehlah diketuk-ketuk untuk mengeluarkan 'kuasa yang tersembunyi'. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri. Tapi jangan cuba nak ketuk bateri Energizer sebab bateri tu sememangnya telah sedia 'padat' dengan kuasa. Kalau diketuk pun kesan 'kemek' pada bateri Energizer tak akan seteruk bateri jenama lain terutama yang murah-murah tu. Maka terbuktilah bateri Energizer bukanlah tandingan jenama-jenama bateri yang lain.

nota kaki: ini bukan post advertorial kamu tahu!

17 Sept 2012 0

Busy Finding Money

in

Sibuk mencari wang?
Somehow this sticker will remind me of my objective while I'm on the driver's seat. What? You want this sticker too? Previously there was a banner at their homepage but recently I found that it's been removed. Maybe its out of stock. For the time being just keep your eyes peeled on their website.

10 Sept 2012 0

Nasi Arab Homemade

Penangan pak arab
Nasi Arab yang dimasak oleh mak aku ni mungkin nampak kurang 'kearabannya' disebabkan nasi yang berwarna putih. Ah... lantak la. Janji sedap. Oh, ya.. resepi diambil dari internet.

nota kaki: tak jauh dari rumah aku pun dah ada kedai runcit arab.

1 Sept 2012 0

Setem 10 Sen

in ,

Setem 10 sen pun boleh sampai apa?
Alkisahnya hari tu aku ada beli 'scratch remover marker' dari internet. Hampir dua minggu jugalah aku tunggu, ingatkan tak sampai. Kalau tak sampai memang aku 'ban' la website tu lepas ni. Tapi bila barang tu dihantar ke rumah, aku tak ada. Jadi aku terpaksa ambil sendiri di pejabat pos keesokan harinya.

Bila dah dapat, terkejut juga aku tengok nilai setem yang digunakan. Sepuluh sen je? Setahu aku kadar standard surat sekarang ni nilainya 60 sen, melainkan poskad. Apatah lagi sampul ni mengandungi sebatang marker yang beratnya sudah tentu melebihi 2-3 helai kertas A4. Tak pasti sama ada nilai setem ni ada kaitan dengan kelewatan sampul surat ini dihantar.