3 Dec 2012 0

Tips Jimat Pencuci Muka / Ubat Gigi

in ,

 
Banyak lagi.
Mesti ada orang yang dah buat tapi di kalangan kawan-kawan aku belum ada lagi rasanya, terutama bekas teman serumah sebab aku tak nampak pun yang buat macam ni. Jadi kalau dah picit habis bekas pencuci muka tu dan tak ada yang keluar, jangan terus buang. Cuba kerat bekas tu macam gambar di atas...

Bagi yang pertama kali mencuba, aku jamin kau akan agak terkejut dengan baki pencuci muka yang tinggal dalam tu. Sekurang-kurangnya boleh guna lagi untuk 4-7 hari lagi, bergantung kepada kekerapan penggunaan masing-masing. Tips ini juga boleh digunakan untuk ubat gigi, dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Biasanya aku potong guna pisau atau pun gunting dapur. Potong dengan cermat ya!

nota kaki: lepas potong, cuba 'cantum' bekas tu.. kawaii ne!

22 Oct 2012 0

Tips Jimat Bateri

in ,

Bateri ni ada kuasa tersembunyi.
Sebenarnya tips ni dipelajari semasa tinggal di asrama dulu. Masa tu mana ada telefon bimbit yang canggih, boleh main MP3. Kalau ada pun harganya beribu-ribu. Budak sekolah mana mampu. Jadi pemain kaset mudah alih yang lebih dikenali dengan 'Walkman' menjadi peneman kepada para pelajar yang suka mendengar muzik. Ada yang layan semasa study dan ada yang layan sebelum tidur. Yang layan sebelum tidur ni la bateri akan habis cepat... sebab tertidur, tak sempat nak off Walkman.

Jadi bateri yang dah habis kuasa ni bolehlah diketuk-ketuk untuk mengeluarkan 'kuasa yang tersembunyi'. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri. Tapi jangan cuba nak ketuk bateri Energizer sebab bateri tu sememangnya telah sedia 'padat' dengan kuasa. Kalau diketuk pun kesan 'kemek' pada bateri Energizer tak akan seteruk bateri jenama lain terutama yang murah-murah tu. Maka terbuktilah bateri Energizer bukanlah tandingan jenama-jenama bateri yang lain.

nota kaki: ini bukan post advertorial kamu tahu!

17 Sept 2012 0

Busy Finding Money

in

Sibuk mencari wang?
Somehow this sticker will remind me of my objective while I'm on the driver's seat. What? You want this sticker too? Previously there was a banner at their homepage but recently I found that it's been removed. Maybe its out of stock. For the time being just keep your eyes peeled on their website.

10 Sept 2012 0

Nasi Arab Homemade

Penangan pak arab
Nasi Arab yang dimasak oleh mak aku ni mungkin nampak kurang 'kearabannya' disebabkan nasi yang berwarna putih. Ah... lantak la. Janji sedap. Oh, ya.. resepi diambil dari internet.

nota kaki: tak jauh dari rumah aku pun dah ada kedai runcit arab.

1 Sept 2012 0

Setem 10 Sen

in ,

Setem 10 sen pun boleh sampai apa?
Alkisahnya hari tu aku ada beli 'scratch remover marker' dari internet. Hampir dua minggu jugalah aku tunggu, ingatkan tak sampai. Kalau tak sampai memang aku 'ban' la website tu lepas ni. Tapi bila barang tu dihantar ke rumah, aku tak ada. Jadi aku terpaksa ambil sendiri di pejabat pos keesokan harinya.

Bila dah dapat, terkejut juga aku tengok nilai setem yang digunakan. Sepuluh sen je? Setahu aku kadar standard surat sekarang ni nilainya 60 sen, melainkan poskad. Apatah lagi sampul ni mengandungi sebatang marker yang beratnya sudah tentu melebihi 2-3 helai kertas A4. Tak pasti sama ada nilai setem ni ada kaitan dengan kelewatan sampul surat ini dihantar. 

24 Aug 2012 0

Stadium Astro Fantasy Football 2012

in ,

Hey, look. That's Persie!
Tak sangka.. boleh tahan juga aku ni. Tiket perlawanan Malaysia menentang Arsenal dan pas latihan ni merupakan saguhati setelah aku berhempas pulas memikirkan untuk memilih pemain-pemain terbaik dalam perlawanan Euro 2012. Yang (45) tu merupakan ranking aku setelah tamat kejohanan. Ok la, dapat tiket. Siapa yang nak bagi percuma?

Sebenarnya pemenang saguhati boleh pilih, nak tiket Arsenal atau Manchester City. Jadi aku pilih Arsenal sebab tiket Manchester City murah je, RM10 kan? Tapi memandangkan komitmen kerjaya yang tak menentu, aku bagi je kat kawan aku yang minat Arsenal. Kalau perlawanan tu hujung minggu, boleh juga la aku nak pergi.

nota kaki: tiket ni ambil kena sendiri di HQ Astro, Bukit Jalil. so lepas ni dah tau la kalau nak ke sana lagi..

23 Aug 2012 0

Selamat Hari Raya 2012

in ,

Setakat ni aku belum jumpa lagi resepi makaroni macam ni di mana-mana
Sementara mood raya masih ada ni aku nak pos dulu entri yang ada gambar berkaitan dengan hari raya. Resepi di atas yang dipanggil makaroni sup ni merupakan resepi turun temurun dari atuk aku di Kedah. Masa aku kanak-kanak sehingga kini, inilah hidangan utama wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah atuk pada 1 Syawal.

Kami adik beradik kalau makan makaroni ni memang tak cukup sepinggan. Kadang-kadang belum lapar pun dah makan untuk round seterusnya. Sebab takut makaroni habis, nanti kempunan sebab kena tunggu setahun baru dapat rasa lagi. Alkisah, atuk aku cerita yang dia dapat resepi ni ketika berkelana di Kuala Lumpur. Dia bertukar-tukar resepi dengan seseorang yang dia jumpa di ibukota masa tu. Ah... aku tak ingat sangat detail pasal ni. Nanti kena tanya dia balik, kalau Allah izinkan.

Mungkin nanti aku akan buat entri tentang resepi makaroni ni. Secara asasnya bahan utama yang digunakan seperti daging, tulang gearbox, udang, cendawan butang, ubi kentang dan makaroni. Dulu makaroni yang digunakan ialah jenis panjang dan kami akan 'patah-patahkan' ia kira-kira 2 inci sebelum direbus. Tapi sekarang makaroni macam tu dah tak ada dipasaran. Alternatifnya, kami gunakan jenis makaroni seperti dalam gambar... yang tu boleh terus rebus.

nota kaki: raya kali ni tak puas sangat, aku makan 2 pinggan je.