1 Sept 2012 0

Setem 10 Sen

in ,

Setem 10 sen pun boleh sampai apa?
Alkisahnya hari tu aku ada beli 'scratch remover marker' dari internet. Hampir dua minggu jugalah aku tunggu, ingatkan tak sampai. Kalau tak sampai memang aku 'ban' la website tu lepas ni. Tapi bila barang tu dihantar ke rumah, aku tak ada. Jadi aku terpaksa ambil sendiri di pejabat pos keesokan harinya.

Bila dah dapat, terkejut juga aku tengok nilai setem yang digunakan. Sepuluh sen je? Setahu aku kadar standard surat sekarang ni nilainya 60 sen, melainkan poskad. Apatah lagi sampul ni mengandungi sebatang marker yang beratnya sudah tentu melebihi 2-3 helai kertas A4. Tak pasti sama ada nilai setem ni ada kaitan dengan kelewatan sampul surat ini dihantar. 

24 Aug 2012 0

Stadium Astro Fantasy Football 2012

in ,

Hey, look. That's Persie!
Tak sangka.. boleh tahan juga aku ni. Tiket perlawanan Malaysia menentang Arsenal dan pas latihan ni merupakan saguhati setelah aku berhempas pulas memikirkan untuk memilih pemain-pemain terbaik dalam perlawanan Euro 2012. Yang (45) tu merupakan ranking aku setelah tamat kejohanan. Ok la, dapat tiket. Siapa yang nak bagi percuma?

Sebenarnya pemenang saguhati boleh pilih, nak tiket Arsenal atau Manchester City. Jadi aku pilih Arsenal sebab tiket Manchester City murah je, RM10 kan? Tapi memandangkan komitmen kerjaya yang tak menentu, aku bagi je kat kawan aku yang minat Arsenal. Kalau perlawanan tu hujung minggu, boleh juga la aku nak pergi.

nota kaki: tiket ni ambil kena sendiri di HQ Astro, Bukit Jalil. so lepas ni dah tau la kalau nak ke sana lagi..

23 Aug 2012 0

Selamat Hari Raya 2012

in ,

Setakat ni aku belum jumpa lagi resepi makaroni macam ni di mana-mana
Sementara mood raya masih ada ni aku nak pos dulu entri yang ada gambar berkaitan dengan hari raya. Resepi di atas yang dipanggil makaroni sup ni merupakan resepi turun temurun dari atuk aku di Kedah. Masa aku kanak-kanak sehingga kini, inilah hidangan utama wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah atuk pada 1 Syawal.

Kami adik beradik kalau makan makaroni ni memang tak cukup sepinggan. Kadang-kadang belum lapar pun dah makan untuk round seterusnya. Sebab takut makaroni habis, nanti kempunan sebab kena tunggu setahun baru dapat rasa lagi. Alkisah, atuk aku cerita yang dia dapat resepi ni ketika berkelana di Kuala Lumpur. Dia bertukar-tukar resepi dengan seseorang yang dia jumpa di ibukota masa tu. Ah... aku tak ingat sangat detail pasal ni. Nanti kena tanya dia balik, kalau Allah izinkan.

Mungkin nanti aku akan buat entri tentang resepi makaroni ni. Secara asasnya bahan utama yang digunakan seperti daging, tulang gearbox, udang, cendawan butang, ubi kentang dan makaroni. Dulu makaroni yang digunakan ialah jenis panjang dan kami akan 'patah-patahkan' ia kira-kira 2 inci sebelum direbus. Tapi sekarang makaroni macam tu dah tak ada dipasaran. Alternatifnya, kami gunakan jenis makaroni seperti dalam gambar... yang tu boleh terus rebus.

nota kaki: raya kali ni tak puas sangat, aku makan 2 pinggan je.

12 Aug 2012 0

Pokok Durian Di Laman Rumah

Siapa kata tak boleh tanam durian di laman rumah?
Gambar sebulan dua yang lepas. Tahun ini agak menjadi, ada la dalam 12 biji rasanya. Tapi kebanyakannya sudah berlubang ditebuk tupai. Kira ok la berbanding tahun lepas yang berbuah sebiji saja, buat kali pertama sejak 10 tahun pokok ini ditanam.

nota kaki: jangan main-main... D24 ni.

6 Aug 2012 0

Foto Instagram Pertama

in

Di ambil dari ruang tamu
Okay, tak ada apa-apa yang istimewa. Cuma ini foto pertama yang aku ambil guna Instagram. Setakat ni, mana-mana foto Instagram yang aku upload, diambil menggunakan telefon pintar orang lain. Sehingga diberitahu kelak.

p/s: telefon pintar belum lagi jadi keperluan buat aku.

22 Jul 2012 0

Mee Tarik Bungkus

in ,

Ringkas saja bahan-bahannya
Kalau bawa pulang mee tarik, ayah aku mesti beli mee jenis ni. Tak tau nama dalam menunya apa, tapi mee yang ni sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Kalau nak pedas, boleh order mee jenis lain.

p/s: aku tengah puasa kot masa taip entri ni..

8 Jul 2012 0

Mee Tarik Sungai Besi

in ,

Cina Muslim dari tanah besar China
Baru sekali aku makan di sini. Tapi ayah aku dah berkali-kali 'bawa pulang'. Kalau sekadar nak rasa dan tak lapar sangat, sepinggan mee boleh kongsi dua orang. Cuma masa menunggu lama sedikit dan minuman dihidang selepas makanan dihantar ke meja. Ini dari pemerhatian aku la.

Terletak di Pekan Sungai Besi (berhadapan dengan stesen LRT Sungai Besi), Medan Niaga Tasik Damai, sebaris dengan lot kedai yang di belakang Speedmart. Kalau nak rating, aku bagi "Boleh datang lagi".

p/s: sayang... branding kedai ni tak cukup kuat. kalau aku rajin nanti aku buatkan.