23 Aug 2012 0

Selamat Hari Raya 2012

in ,

Setakat ni aku belum jumpa lagi resepi makaroni macam ni di mana-mana
Sementara mood raya masih ada ni aku nak pos dulu entri yang ada gambar berkaitan dengan hari raya. Resepi di atas yang dipanggil makaroni sup ni merupakan resepi turun temurun dari atuk aku di Kedah. Masa aku kanak-kanak sehingga kini, inilah hidangan utama wajib yang akan dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah atuk pada 1 Syawal.

Kami adik beradik kalau makan makaroni ni memang tak cukup sepinggan. Kadang-kadang belum lapar pun dah makan untuk round seterusnya. Sebab takut makaroni habis, nanti kempunan sebab kena tunggu setahun baru dapat rasa lagi. Alkisah, atuk aku cerita yang dia dapat resepi ni ketika berkelana di Kuala Lumpur. Dia bertukar-tukar resepi dengan seseorang yang dia jumpa di ibukota masa tu. Ah... aku tak ingat sangat detail pasal ni. Nanti kena tanya dia balik, kalau Allah izinkan.

Mungkin nanti aku akan buat entri tentang resepi makaroni ni. Secara asasnya bahan utama yang digunakan seperti daging, tulang gearbox, udang, cendawan butang, ubi kentang dan makaroni. Dulu makaroni yang digunakan ialah jenis panjang dan kami akan 'patah-patahkan' ia kira-kira 2 inci sebelum direbus. Tapi sekarang makaroni macam tu dah tak ada dipasaran. Alternatifnya, kami gunakan jenis makaroni seperti dalam gambar... yang tu boleh terus rebus.

nota kaki: raya kali ni tak puas sangat, aku makan 2 pinggan je.

12 Aug 2012 0

Pokok Durian Di Laman Rumah

Siapa kata tak boleh tanam durian di laman rumah?
Gambar sebulan dua yang lepas. Tahun ini agak menjadi, ada la dalam 12 biji rasanya. Tapi kebanyakannya sudah berlubang ditebuk tupai. Kira ok la berbanding tahun lepas yang berbuah sebiji saja, buat kali pertama sejak 10 tahun pokok ini ditanam.

nota kaki: jangan main-main... D24 ni.

6 Aug 2012 0

Foto Instagram Pertama

in

Di ambil dari ruang tamu
Okay, tak ada apa-apa yang istimewa. Cuma ini foto pertama yang aku ambil guna Instagram. Setakat ni, mana-mana foto Instagram yang aku upload, diambil menggunakan telefon pintar orang lain. Sehingga diberitahu kelak.

p/s: telefon pintar belum lagi jadi keperluan buat aku.

22 Jul 2012 0

Mee Tarik Bungkus

in ,

Ringkas saja bahan-bahannya
Kalau bawa pulang mee tarik, ayah aku mesti beli mee jenis ni. Tak tau nama dalam menunya apa, tapi mee yang ni sesuai untuk mereka yang tak makan pedas. Kalau nak pedas, boleh order mee jenis lain.

p/s: aku tengah puasa kot masa taip entri ni..

8 Jul 2012 0

Mee Tarik Sungai Besi

in ,

Cina Muslim dari tanah besar China
Baru sekali aku makan di sini. Tapi ayah aku dah berkali-kali 'bawa pulang'. Kalau sekadar nak rasa dan tak lapar sangat, sepinggan mee boleh kongsi dua orang. Cuma masa menunggu lama sedikit dan minuman dihidang selepas makanan dihantar ke meja. Ini dari pemerhatian aku la.

Terletak di Pekan Sungai Besi (berhadapan dengan stesen LRT Sungai Besi), Medan Niaga Tasik Damai, sebaris dengan lot kedai yang di belakang Speedmart. Kalau nak rating, aku bagi "Boleh datang lagi".

p/s: sayang... branding kedai ni tak cukup kuat. kalau aku rajin nanti aku buatkan.

5 Jul 2012 0

Mari Bersukan

in ,

Nike5 Gato
Terpaksa beli pada dua hari yang lepas gara-gara keinginan untuk bermain yang tidak tertahan. Tak banyak pilihan warna sebab aku beli di Al-Ikhsan Factory Outlet je. Jadi aku pilih warna ni. Warna tak kisah sangat, yang penting harga memang berpatutan.

nota kaki: bulan ni banyak betul berbelanja..

1 Jan 2012 0

Happy New Year!

in

Just a 'show of presence' update. It's been a while since my last post and yes, a lot has happened since then. The most remarkable event was my trip to East Asia (photos coming soon).

By the time, enjoy this video. I've heard of this band for a long time but I only listened to them today. Apart from this 'controversial' title track, the music is good (I haven't listened to other tracks yet). But I would like to hear another voice because I think his vocal isn't good enough for this track.

Happy New Year!


footnote: "cukuplah sekadar satu senyuman yang mampu memanjangkan nafasku"