Setakat ni aku belum jumpa lagi resepi makaroni macam ni di mana-mana |
Kami adik beradik kalau makan makaroni ni memang tak cukup sepinggan. Kadang-kadang belum lapar pun dah makan untuk round seterusnya. Sebab takut makaroni habis, nanti kempunan sebab kena tunggu setahun baru dapat rasa lagi. Alkisah, atuk aku cerita yang dia dapat resepi ni ketika berkelana di Kuala Lumpur. Dia bertukar-tukar resepi dengan seseorang yang dia jumpa di ibukota masa tu. Ah... aku tak ingat sangat detail pasal ni. Nanti kena tanya dia balik, kalau Allah izinkan.
Mungkin nanti aku akan buat entri tentang resepi makaroni ni. Secara asasnya bahan utama yang digunakan seperti daging, tulang gearbox, udang, cendawan butang, ubi kentang dan makaroni. Dulu makaroni yang digunakan ialah jenis panjang dan kami akan 'patah-patahkan' ia kira-kira 2 inci sebelum direbus. Tapi sekarang makaroni macam tu dah tak ada dipasaran. Alternatifnya, kami gunakan jenis makaroni seperti dalam gambar... yang tu boleh terus rebus.
nota kaki: raya kali ni tak puas sangat, aku makan 2 pinggan je.