Cina Muslim dari tanah besar China |
Baru sekali aku makan di sini. Tapi ayah aku dah berkali-kali 'bawa pulang'. Kalau sekadar nak rasa dan tak lapar sangat, sepinggan mee boleh kongsi dua orang. Cuma masa menunggu lama sedikit dan minuman dihidang selepas makanan dihantar ke meja. Ini dari pemerhatian aku la.
Terletak di Pekan Sungai Besi (berhadapan dengan stesen LRT Sungai Besi), Medan Niaga Tasik Damai, sebaris dengan lot kedai yang di belakang Speedmart. Kalau nak rating, aku bagi "Boleh datang lagi".
p/s: sayang... branding kedai ni tak cukup kuat. kalau aku rajin nanti aku buatkan.