Maka pada Jumaat lepas secara rasmi berakhirlah tugasan aku bersama sebuah jabatan kerajaan. Kalau ikutkan hati memang berat aku nak tinggalkan tempat tu walaupun aku hanya sempat meluangkan masa dua bulan sahaja di sana. Dah lama aku tak rasa macam ni... kali terakhir ialah sejak aku tinggalkan alam kampus dulu. Semakin selesa aku dengan sesuatu tempat, semakin berat hati nak tinggalkan...
Walaupun mereka tak baca blog ni, tapi sekali lagi aku ingin sampaikan penghargaan yang tidak terhingga kepada mereka di unit tersebut; Haji Salim, Puan (Hajah) Noorhani, Haji Razak, Abang Am, Abang Lan, Abang Mok, Kak Zidah, Khairul dan tak lupa juga PA aku, Fika (kalau dia baca ni habis la aku... haha). Terima kasih juga kepada rakan-rakan PSH yang lain... bertuah rasanya dapat mengenali kalian. Kalau jadi buat event nanti jangan lupa ajak aku.
Jadi malam ni bermulalah sebuah lagi episod baru dalam hidup aku. Ya, satu pekerjaan dan persekitaran yang agak asing berbanding kerja-kerja aku sebelum ni. Walaupun begitu, aku berharap dapat menyesuaikan diri dalam masa yang singkat di sana. Jika ditakdirkan aku terpaksa mengundurkan diri sekali pun, aku mahu alami perasaan yang sama seperti aku tinggalkan jabatan tersebut.
notakaki: sekurang-kurangnya bila letak nama mereka takde la aku lupa nanti...